Thursday, December 23, 2010

al-Muqaddimah


Berikanku seribu pemuda Jawa,
akanku cabut Everest sampai ke akarnya;
 Berikanku seorang pemuda Mukmin,
    akanku goncangkan bumi dan seluruh isinya."
     
     Kaum Jawa merupakan suatu kaum yang amat tersohor di sekitar Nusantara ini. Apabila sebut sahaja mengenai kaum ini, majoriti respons yang diterima adalah berbentuk positif. Rajin, berani, kuat, sopan, menghormati tetamu, peramah, tidak cerewet, berkemahiran; semua ini amat sinonim dengan kaum yang berasal dari Tanah Besar Jawa, Indonesia ini. 
    
   Tidak semua Muslim itu beriman- namun setiap Mukmin itu semestinya adalah Muslim. Jika kita membelek semula ke dalam kitab-kitab agama sewaktu zaman persekolahan dahulu, Iman ditakrifkan sebagai 'mengakui dengan hati, membenarkan dengan lisan, dan mengamalkan dengan anggota'- dan yang sewaktu dan seerti dengan ayat ini. Oleh hal yang demikian, kita dapatlah melihat penghayatan yang sempurna dalam ayat ini yang mana seseorang Muslim itu MENGAKUI kebesaran, kehebatan dan kemahaan Penciptanya dengan sepenuh HATInya, MEMBENARKAN segala wahyu dan ajaran yang diturunkan oleh Penguasanya dengan LISANnya, dan MENGAMALKAN segala amalan yang dianjurkan oleh Pengurusnya dengan seluruh kesempurnaan ANGGOTAnya.
    
ANGGAPLAH INI RENUNGAN BERSAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...