Monday, December 31, 2012

Last bagi ini tahun.

Assalamualaikum

Teruk beben0r rasenye kalau hambe biarkan blog ni bersawang sampai dah nak tahun baru. Makanya, sebelum tertutupnya hikayat 2012 ini, hambe conteng la sikit blog ni di hari terakhir tahun 2012 ni. 

Tahun 2012 ni macam² dah berlaku, sampai tak mampu nak mention ape yang dah berlaku tu. haha.. Namun, itu semua adalah events yang Allah dah takdirkan untuk hambe untuk dilihatkan kepada hambe ape sebenarnye erti kehidupan ni. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Banyak lagi cita² yang belum dikecapi. Banyak lagi individu yang belum ditemui. Banyak lagi peristiwa yang belum disaksi. Banyak lagi janji yang belum ditepati. Apa yang penting, setiap perkara yang dah lepas tu adalah ilmu yang patut dimanfaatkan untuk kehidupan akan datang. 

Bak kate Master Oogway: "Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the "present". so... history tu kene la diambil pengajaran. mystery tu kene dirungkaikan. dan hargailah hadiah yang diberikan. 


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [67:2]

Barangkali tak banyak pengisian, sekadar melunaskan impian, mengisi blog dari terus kesunyian.


ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Monday, June 4, 2012

maap la ye


assalamualaikum. . .

Bagi la hambe seribu hengget sekalipon, kalau hambe xde idea nak tulis ape, hambe xkan mampu nak update blog ni.. Entah kenapa, hambe dok tunggu je idea tu datang, tapi xsampai² gak.. (6 bulan jugak la aku tak update. Shame on u zam.. shame on u.. =,=") So.. beberapa jambak kemaapan hambe mintak daripada orang² yang bukak blog ni tapi nampak bende yang same je setelah berbulan² lamanya. Maap.. maap.. maap.. (tunduk)

Rasa macam nak penuhkan entri ni dengan mintak maap je plak. hoho..

Okeylah, stret tu de poin. Kali ni hambe nak mintak tolong sikit dengan korang² yang tengah bace ni. Perkara yang hambe nak mintak tolong ni takde la susah mane, tapi amat besar maknenye. Begini ceritanya...

Hambe ade sorang sepupu perempuan. Dia tua 26 tahun daripada hambe. Dia seorang yang sangat periang, baik hati, ibu kepada beberapa anak yang cemerlang, dan guru kepada ratusan anak murid di sekolahnya. Di mana ada dia, di situ kami gembira.

yang kat tengah tu dia. (amboi, happy bebenor tyme ni) [2010]



Namun, pada suatu hari, Allah, Tuhan kita, telah menguji dia dengan sesuatu yang mungkin tidak ramai yang dapat menanggungnya. 'Sesuatu' itu ialah kanser perut. Dalam masa beberapa bulan, tubuhnya telah banyak berubah, semakin kurus dan susut dari hari ke hari. Wajahnya yang semakin cengkung lebih banyak mengekspresikan derita daripada gembira. Dia yang kami kenal dahulu tak sama lagi dengan dia yang kami tatap sekarang.

Jadi, hambe di sini sebagai adik saudaranya berharap supaya korang yang tengah membaca ni dapat doakan agar Allah berikan kesejahteraan, kesihatan, dan segala yang terbaik untuk dia. Harap jugak korang untuk sedekahkan dia al-Fatihah; semoga dia kuat menempuh ujian Allah yang berat ini. 

༺sekuntum al-Fatihah buat Norhaida bt. Ahmad༻

. :al-Fatihah: .

Okay. Terimakasih atas pertolongan korang. By the way, jom la kite buang persepsi yang sedekahkan al-Fatihah tu cume untuk orang yang da mati je. Al-Fatihah tu adalah suatu surah yang Allah hadiahkan untuk umat Muhammad yang mempunyai 1001 manfaat. (bukan untuk sedekah kat arwah² je ye). Tengok, baiknya Allah kat kite. Dia kasi 1 hadiah yang mampu beri beribu kebaikan kepada kite. Thank you, Allah. ^^. 

sedarlah yang Tuhan kita amat berjasa kepada kita. tapi jarang kita hargai.. 

And another moral of the story.. dalam hidup ni, kite tak mampu nak expect apa yang bakal terjadi kat kite. Sekejap mungkin kite kat atas; merasa bahagia dan gembira dengan nikmat Allah. Sekejap lagi mungkin kite akan dicampak jauh dari syurga dunia - namun semakin dekat dengan syurga Allah sebenarnya (jika kita memanfaatkannya). (●‿●)   

"..dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." 
(Luqman:34)

ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

-untuk pengetahuan semua, pada 25 Jun 2012, beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.55am.-

Friday, December 9, 2011

short story


Assalamualaikum~!

Penuh sekitar rumah hambe dengan haiwan2.. dari yg kecik, sampai yg besar.. dari yg najis, sampai yg tidak.. yg berbulu, yg licin, berkaki empat, berkaki dua.. macam2 ada. Moga Allah beri mereka keizinan untuk memenuhi rumah hambe dgn zikir2 kepadaNya.. aamiin.. 

anaks ayams

jeane; my hyperactive monkey
a she-rabbit


spesis yg ni plak kadang2 terserempak kat kebun blakang rumah..

naga kecik pun ade. haha~

Ok, dlm banyak2 binatang yg berkeliaran di sekitar rumah hambe ni, hambe tertarik kat secebis puak anai2 ni.. (secebis puak?? anai2?? Pandai bahasa melayu ke x nih?). Anai2 ni, walaupun dilabel sebagai serangga perosak rumah tangga, (I mean rumah dan tangga. Literally.) namun anai2 ni, stelah hambe observe selama berminggu2.. anai2 kat rumah hambe ni begitu cekal, rajin, bersatu n yg paling pnting, xpernah kenal erti putus asa. (hmm.. mungkin mmg sume anai2 mcm tu; bkn yg kat rumah aku je.).

Knape hambe berani berpihak kepada anai2 perosak rumah tangga itu?? Hal ini demikian karena hambe telah melakukan sedikit eksperimen kpade puak anai2 tu.. Eksperimen ini agak kejam, namun atas dasar mengelak daripada kerosakan, hambe bertindak memecahkan laluan anai2 tu..

Hambe kikis pnye kikis pnye kikis.. sampai anai2 tu xde tempat nak berlindung. (macam zalim plak bunyinye. ==”) tapi, nak buat mcm mane, niat hambe cume nak mengelak daripade berlaku yang bukan2 kat rumah hambe. (Dibuatnye dimakan smua kayu2 kat rumah aku, x ke roboh jadinye?). . .
  

Okeyh. Dah lepas hambe pecahkan, hancurkan, punahkan, dan rosakkan laluan dyorang tu, selang beberape hari muncul smula laluan tu. Hambe hancurkan lagi. Dyorang buat smula. Hambe punahkan lagi. Dyorang buat smula. Hambe rosakkan lagi. Dyorang buat smula. (over and over again..) skrg ni pun masih ade lg kerja2 pembinaan yg dyorang lakukan. *sigh

"nasute termites": spisis anai2 kat rumah hambe.

Kali ni hambe bukan nak berkongsi doa halau anai2, jauh skali mempromot produk penghapus anai2. But, I just wanna say that.. Allah ciptakan smua kejadian tu mesti ade hikmah dan pengajaran yg buleh kita amek untuk kita renung2kan. Mcm anai2 tadi tu, Allah takdirkan dyorang utk jadi rajin n xberputus asa. Walaw berapa kali bencana yg menimpa dyorang (disebabkan aku), tapi dyorang tetap tabah mengharungi liku2 kehidupan yg mencabar lagi memedihkan ini.. (terpuitis plak :P)

Allah cipta segala ciptaan Dia bukan sekadar maen2 tawu.. dari sebesar2 galaksi di angkasa sampai sekecil2 elektron di perut bumi; semuanya diciptakan oleh Allah secara serius. Ye, serius. Allah cipta dengan tujuan. Dan Allah sediakan kita dengan akal spaye kita buleh fikirkan tujuan2 tersebut..

Wokeyh! Lastly.. refleksi daripade anai2 tu tadi; klaw anai2 yg sekecil bijih hidung korang pun buleh jadi rajin n bersungguh2, why not us? Kita dicipta lebih baik dari anai2 tu.. Pencipta kita sendiri yg kata bahawa kita ni adalah sebaik2 ciptaanNya (at-Tin: 4). Therefore… marilah kita sama2 cuba untuk menjadi lebih baik, dengan berusaha bersungguh2 berbekalkan apa yg Allah da sediakan untuk kita sekarang. Jangan asyik merungut, sedangkan kita jarang bersyukur dengan nikmat2 Allah selama ini.

Ambil yg baik dari anai2, sekian.

(brape bnyak anai2 bayar aku untuk promote dyorang nih..? ==”)  

ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...