Friday, December 9, 2011

short story


Assalamualaikum~!

Penuh sekitar rumah hambe dengan haiwan2.. dari yg kecik, sampai yg besar.. dari yg najis, sampai yg tidak.. yg berbulu, yg licin, berkaki empat, berkaki dua.. macam2 ada. Moga Allah beri mereka keizinan untuk memenuhi rumah hambe dgn zikir2 kepadaNya.. aamiin.. 

anaks ayams

jeane; my hyperactive monkey
a she-rabbit


spesis yg ni plak kadang2 terserempak kat kebun blakang rumah..

naga kecik pun ade. haha~

Ok, dlm banyak2 binatang yg berkeliaran di sekitar rumah hambe ni, hambe tertarik kat secebis puak anai2 ni.. (secebis puak?? anai2?? Pandai bahasa melayu ke x nih?). Anai2 ni, walaupun dilabel sebagai serangga perosak rumah tangga, (I mean rumah dan tangga. Literally.) namun anai2 ni, stelah hambe observe selama berminggu2.. anai2 kat rumah hambe ni begitu cekal, rajin, bersatu n yg paling pnting, xpernah kenal erti putus asa. (hmm.. mungkin mmg sume anai2 mcm tu; bkn yg kat rumah aku je.).

Knape hambe berani berpihak kepada anai2 perosak rumah tangga itu?? Hal ini demikian karena hambe telah melakukan sedikit eksperimen kpade puak anai2 tu.. Eksperimen ini agak kejam, namun atas dasar mengelak daripada kerosakan, hambe bertindak memecahkan laluan anai2 tu..

Hambe kikis pnye kikis pnye kikis.. sampai anai2 tu xde tempat nak berlindung. (macam zalim plak bunyinye. ==”) tapi, nak buat mcm mane, niat hambe cume nak mengelak daripade berlaku yang bukan2 kat rumah hambe. (Dibuatnye dimakan smua kayu2 kat rumah aku, x ke roboh jadinye?). . .
  

Okeyh. Dah lepas hambe pecahkan, hancurkan, punahkan, dan rosakkan laluan dyorang tu, selang beberape hari muncul smula laluan tu. Hambe hancurkan lagi. Dyorang buat smula. Hambe punahkan lagi. Dyorang buat smula. Hambe rosakkan lagi. Dyorang buat smula. (over and over again..) skrg ni pun masih ade lg kerja2 pembinaan yg dyorang lakukan. *sigh

"nasute termites": spisis anai2 kat rumah hambe.

Kali ni hambe bukan nak berkongsi doa halau anai2, jauh skali mempromot produk penghapus anai2. But, I just wanna say that.. Allah ciptakan smua kejadian tu mesti ade hikmah dan pengajaran yg buleh kita amek untuk kita renung2kan. Mcm anai2 tadi tu, Allah takdirkan dyorang utk jadi rajin n xberputus asa. Walaw berapa kali bencana yg menimpa dyorang (disebabkan aku), tapi dyorang tetap tabah mengharungi liku2 kehidupan yg mencabar lagi memedihkan ini.. (terpuitis plak :P)

Allah cipta segala ciptaan Dia bukan sekadar maen2 tawu.. dari sebesar2 galaksi di angkasa sampai sekecil2 elektron di perut bumi; semuanya diciptakan oleh Allah secara serius. Ye, serius. Allah cipta dengan tujuan. Dan Allah sediakan kita dengan akal spaye kita buleh fikirkan tujuan2 tersebut..

Wokeyh! Lastly.. refleksi daripade anai2 tu tadi; klaw anai2 yg sekecil bijih hidung korang pun buleh jadi rajin n bersungguh2, why not us? Kita dicipta lebih baik dari anai2 tu.. Pencipta kita sendiri yg kata bahawa kita ni adalah sebaik2 ciptaanNya (at-Tin: 4). Therefore… marilah kita sama2 cuba untuk menjadi lebih baik, dengan berusaha bersungguh2 berbekalkan apa yg Allah da sediakan untuk kita sekarang. Jangan asyik merungut, sedangkan kita jarang bersyukur dengan nikmat2 Allah selama ini.

Ambil yg baik dari anai2, sekian.

(brape bnyak anai2 bayar aku untuk promote dyorang nih..? ==”)  

ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Monday, October 17, 2011

cantekkah wajahku~?


Assalamualaikum~!

Enrti ni pendek je. So, dont worry.. tiada bebelan kali ni. (syukur~♫)

Wokeyh! This time hambe nk kongsi amalan doa yg kite jarang deng0, tapi klw da deng0, mesti suke. (hopefully..)

Mempersembahkan~~~

nak tengok besor2 tekan la gambo ni ha..
Like always, bace Basmalah dulu ye sblum bace doa ni..

OK, the instruction is like this:



1.    Bace ayat 4 surah Yusuf dlu...
2.    Pastu bace keratan surah Taahaa ayat 39..
3.    TAPI! Jangan gabungkan kedua2 ayat ni; bace yg first dlu, pastu lek2 beberape detik n sambung yg second.
4.    Bace 3 kali n sapu kat wajah2 kalian yg berhidung tu. (klw wajah xde hidung pon xpe..)
5.    Semolek2nye bace everyday lepas solat..
6.    Paham? Xpaham sudah. Hohoho~♪


OK, that’s all for now.

Menung2kan, dan selamat beramal~!

ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Sunday, October 9, 2011

no idea...


Assalamualaikum~!

Dah lame hambe x update blog hambe ni.. xtaw knape. Slalu jugak bukak2 blog ni. Tapi.. xtaw knape macam keberatan je nak update.. SO! Hambe gagahkan tulang 4 kerat hambe ni untuk update blog ni. Sememangnye, hambe xde idea nak tulis ape.. ni macam just nak buat syarat je.. .. ..

TING!! Tiba2 hambe dah tau knapa hambe dah lame x update.. sebenarnye macam ni..
Hambe last skali update blog ni mase bulan Jun; mase tu blum masuk IPG lagi.

JULAI…

OGOS…

SEPTEMBER…

Semua berlalu begitu sahaje tanpa hambe hiraukan sikit pon pasal blog hambe ni.. hambe xtaw nak tulis ape kat blog ni.  Xde mase.. Xde idea.. Xde nafsu nak berblog…

(pape je lah azam ni. Bebel je.)

OK lah! Macam orang2 jawe slalu cakap, let bygone be bygone.. therefore, hambe nak kongsi 1 bidio yang hambe jumpe kat profile fb ntah sape ntah. Bidio ni sebenarnye tunjuk sorang mamat Arab ni.. dye nyanyi 1 lagu pasal hijab (melayu panggil tudung kut..) yang bestnye, die nyanyi kat 1 rancangan tv yang bole dikatekan sume penonton pempuannye xbertudung! Dahsaaat!! Berani sungguh br0 Arab ni. Hambe memang kagum bt0l kat die.

Ni ha bidi0nye..


So.. hambe bukan nak bebel banyak2 sangat.. cume.. ade beberape ratus perkataan yang hambe nak tulis.. hee~  

First, wahai kaum Hawa, kalian mesti la ingat ye.. berhijab tu something yang wajib bagi korang. Setiap arahan Allah kat hambe Die mesti ade sebab dan alasan yang kukuh. Ingat! Allah sikit pon xrugi kalaw kite xikut cakap Die.. sebaliknye, kite la yang celake (maap, kategori kesat ke perkataan ni? Huhu) kalaw xikut ape yang Die da tetapkan untuk kite. Pencipta tau ape yang terbaik untuk ciptaan2 Die.  


yg ini terlebih bagus.. 


Berbalik kepade hijab tadi.. hijab ni bukanlah saje menyorokkan rambut je ye gadis2 Islam sekalian.. kalau nak tau kriteria2 hijab ni, mesti la rujuk kat Pencipta undang2 ni..




Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[al-Ahzab: 59]


 Ha… tu la die. Selain dari ayat ni, ade lagi satu ayat Allah kat Surah Nur ayat 31 (tengok sendiri la ye, kalaw x bile lagi nak bukak alQuran tu ha..). ayat ni pon mengingatkan prempuan2 beriman untuk menjage aurat diorang..




Kite da biase deng0 pasal azab2 neraka bagi prempuan2 yang x mnutup aurat. Walaupun sumber crite2 tu kadang2 xpasti kesahihannye, tapi kita sebagai orang Islam nak xnak, same ade deng0 crite2 tu ke x, mesti ikut ape yang Allah da cakap. Ok, ni antare yang kita biase deng0 pasal azab bagi wanita2 yg xtutup aurat:

- balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.

 -dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya

-betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.  

(ni hambe amek dari wordpress ntah sape ntah. Ni dikire plagiat nih.. hoho~)




Ok, hambe xnak tulis panjang2 sangat. Hambe just nak ingat mengingati sesame kite. Agar disampai2kanlah ye kepade yang laen.. sesungguhnye kite ni Muslim, mestilah menjage Muslim yang laen...

Sekian..


ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

The Main Aim of Life?

      
           Kadang kala kita sering terlupa sebab utama kita lahir di muka bumi ini. Belek semula al-Quran yang ada di almari anda (mungkin anda baru teringat ia berada di situ?);


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (adz-Dzariyat: 56)

          Ayat ini merupakan jawapan yang solid kepada seluruh jin dan manusia bahawa sesungguhnya kita semua diciptakan tidak lain hanyalah untuk beribadat kepada Rabb kita iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Ibadat itu pula bukan hanya bererti solat, puasa, zakat dan haji semata-mata (ini pemikiran biasa kebanyakan Muslim kini). Istilah ibadat ini meliputi pelbagai aspek. Dalam nada yang sama, sebenarnya kesemua amalan harian kita boleh menjadi ibadat asalkan ia berniatkan semata-mata kerana Allah. Rasanya, berbekalkan penulisan ini sahaja pun sudah cukup untuk menunjukkan betapa indah dan mudahnya ajaran Islam ini. 

          Oleh yang demikian, Allah juga ada berfirman melalui al-Quran-Nya;

 Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. 
(al-Anbiya': 35)

            Allah sememangnya Maha Mengetahui. Dia tahu bahawa hamba-hamba-Nya bersifat pelupa. Jadi, Dia mengingatkan kita semua agar senantiasa ingat akan kematian. Dia juga mengingatkan kita agar tidak merungut dan berputus asa apabila ditimpa kesusahan dan juga tidak bermegah-megah apabila memperoleh kesenangan; kerana itu semua tidak lain adalah ujian dari-Nya. Oleh itu, jalanilah ujian itu dengan sebaik-baiknya, kerana semestinya hamba yang mendapat 'keputusan yang cemerlang' dalam ujian ini akan beroleh ganjaran yang tiada tandingannya; nikmat syurga yang kekal selama-lamanya. Ayat 35 al-Anbiya' ini dilengkapkan dengan satu lagi peringatan Allah iaitu kita semua akan dihadapkan di hadapan-Nya di Akhirat kelak beserta dengan amalan-amalan dan juga dosa-dosa kita (na'udzubillah).

ANGGAPLAH INI RENUNGAN BERSAMA

Saturday, June 25, 2011

small birds with huge love

Assalamualaikum everybody~!

storytelling time~~~

kalaw korang xpernah tengok, ni la burung kelicap~!
Suatu hari, hambe bangun pagi.. dan sperti hari2 biase, hambe akan wat kerja2 rumah. Lepas wat yang dalam rumah, hambe kluarla untuk sapu2 kaki5 rumah hambe.. tibe2 hambe perasan kat lantai tu banyak rumput2 n daun2 kering. Slowly n dramatically hambe pon pandang la ke atas.. (nak teng0k dari mane dtg selonggok sampah2 tu). Rupe2nye.. ade burung kelicap ngah wat sarang da.. 

Dari hari ke hari.. hambe tg0k 2 ekor laki bini burung tuh bersungg0h2 beben0r membuat sarang tuh. Sehelai demi sehelai rumput kering or whatever material utk wat sarang tu diorang angkut. Sampaila siap...(n tiap2 ari la ade je helaian2 yang xlekat kat sarang tu yg jatuh ke lantai. n tiap2 ari la kne sapu..==”

Seusai sarang bur0ng tu disiapkan, tak lame si MamaKlichap pon bertelur kat situ.. (2biji tel0r). Hari demi hari PapaKlichap n MamaKlichap terus menunggu anak2 diorang yang belum menetas tu.. 
ni la sarang diorang.

Sadly, suatu hari, ntah macam mane ntah, satu drpd 2 tel0r tu terjatuh ke lantai lalu pecah berderai mengeluarkan serpihan2 anak kelicap yang belum sedia utk melihat dunia.... (agak ekstrem jugak ayat nih) 

sape yang xpernah tgok telur pecah, ha, ni la rupe dye. tapi ni bukan telur kelicap tadi.
Namun, PapaKlichap n MamaKlichap yang tentunya sedih giler gaban tak menjadikan peristiwa tu sebagai pematah smangat diorang laki bini. Tel0r yg sebijik tu dijage dgn rapi tiap2 ari........... sampai la menetas.
beberape jam selepas menetas.

haisy.. kebul0r nampak..
And now bermule la kehidupan si BabyKlichap n bermule la jugak kerja baru utk PapaKlichap n MamaKlichap iaitu menyumbat mul0t anak diorang ngn makanan yg secukupnye.. PapaKlichap sentiase pantau keadaan rumah diorang tu. bile malam pulak, MamaKlichap akan temankan BabyKlichap tid0.. begitu la setiap hari..

da nampak besar n berbulu~
Selepas bumi berputar beberapa kali, BabyKlichap pon da ready nak hidup bebas seperti kelicap2 yg lain. PapaKlichap n MamaKlichap bersungguh2 mengajar BabyKlichap yg pertame kali menggunekan sayap dye tu utk terbang. Sikit demi sikit PapaKlichap n MamaKlichap membimbing anak diorang yg amat diorang sayang tu.. tak lame lepas peristiwa pagi tu, The Klichap family was never to be seen again. Dan keesokan harinye, hambe pon menanggalkan rumah bur0ng tu.. (cam sdey pulak rase..)
first time kluar dari nest.

*   *   *  

Actually, hambe nak tulis mnde ni minggu lepas.. Unfortunately I was so busy with my pendaftaran maktab thingy, tu yang xsempat tu.. namun! Hambe rase belum terlambat untuk hambe cter2 sket pasal topik ni... the main point of this simple story is kite semua semestinye dilahirkan dari 2 unsur utame which are IBU & BAPA. kite xpernah menyaksikan sepenuhnye macam mane payahnye diorang nak jage kite dari kecik (mase tu ape pon xb0le) sampaila bes0r panjang da pandai jage diri.. kalau nak kire brape banyak duit yang diorang da blanjekan utk kite, memang xmuat nak tulis kat kertas mahj0ng. So, to make it simple, the moral of the story is.... sayangilah dan hargailah dan balaslah seberape mampu jase2 diorang pade kite.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Luqman (31:14)


Akhir kate, give love to get more love. 

Assalamualaikum~
ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Monday, June 6, 2011

kalau la aku ade iPhone8. . .

Assalamualaikum everybody~!!

Tersebutlah alkisah di sebuah pedalaman negare ini, ade seorang mamat tinggal di dalam gua.. hidupnye seperti manusie biase.. makan nasi yg bujur, minum air yg jernih, ‘membuang’ di tandas yg berpaip, dan tidur di tilam secondhand.. hendak dijadikan crite, mamat ini suatu hari pergi ke pekan utk membeli iPhone8. Kalau yg namenye iPhone8 tu, sememangnye ade bnyak kelebihannye. Antarenye, buleh hack fb orang, bile dilempar die akan patah balik, bile dihempas xakan rosak, & paling best skali bile die idup, die akan trus idup tanpe perlu dicas..  Arakian, mamat ini pon pulang ke rumahnye dgn girangnye. Bile sampai di rumah @ guanya dia pon simpanlah iPhone8 nye tu kat celah2 rak buku di biliknye.. hari berganti hari bulan berganti bulan, sudah setaun die memiliki iPhone8 yang canggih tahap vuvuzella tu.. (asal vuvuzela seyh..?) Tapi.. ironinye, mamat ni baru sekali saje menggunekan iPhone8nye tu.. itu pon hanye untuk tengok jam da pukul brape...
percayalah wahai monyetku~ huhu..

So.. berdasarkan crite yg agak trgantung ni, cbe kte bayangkan sesame.. kalau la kte ade objek secanggih iPhone8 tu... (bayangkan je la iPhone8 tu canggih..) mesti la kite akan gunekannye dengan sehabis gune.. selang 2 ari lepas angkut dari kedai msti kite da terrer da gne objek tu..

Jadi... bukan itu yg hambe nak crite sben0rnye.. hambe nak ajak para pembace skalian utk cbe jengah2 gajet yg paling canggih kt rumah kte tu.. gajet yg da lme wujud kat dunie ni.. tp xramai antare kte yg terrer menggunekannye.. (trmasuk la hambe.. hehe) gajet tu tak lain tak bukan... 

al-Qur’an al-Karim

Ade yg xreti pon bace.. ade yg bace merangkak2 walaw da lanjut usie.. ade yg bole bace walaw suare biase2 je.. ade yg siap brlagu2 die bace.. ade yg hapal kesemue ayatnye.. ade yg btul2 idup berlandaskan syariat kat dlmnye..
sape la insan yang cukup rajin nak bace Qur'an ni..
Tapi.. Rasenye xketerlaluan kalaw hambe katekan maj0riti org Islam kat dnie ni cme pandai bace Qur’an tapi sepatah habuk pon tak paham ape maksud ayat2 suci tu kan?.. hambe ckp gni xbrmakne hambe ni pandai sgt... cme.. ape kate mulai skrg2 ni kte start mule utk lebih memahami alQur’an tu.. belek tafsirnye.. amek teladan darinye.. & gnekannye dgn sehabis gne.. ilmu Qur’an tu dijamin xakan habis sampai kiamat & isi kandungannye still valid walaw da lbey 1400 taun sjak ia mule dipublish ke dunie ni..

al-Qur'an emas. ni emas btul beb.. aq tgok sndri..
Janganlah alQur’an tu cme jadi hiasan2 wat penuh2kan rak buku tu je.. janganlah cme diframe2kan wat aksesori dinding tu je.. janganlah cme dibace bile ade hysteria tu aje.. Sebaliknye, gnekanla Kitab suci tu dgn sebaik2nye.. untuk sape Qur’an tu diturunkan kalaw bukan untuk kte??


Alif, Laam, Raa'.
Al-Quran sebuah Kitab 
yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, 
kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu.(Susunan dan penjelasan itu) adalah 
dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, 
lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

(Hud:1)

Wokeyh! Sampai sini je la hambe tulis.. panjang2 nnty buhsyan plak..(jangankan panjang, pendek pon da buhsyan.. haha) So.. kesimpulannye, marilah kte brusehe utk lbeyh mnyayangi alQur’an tu.. cmne nk sayang? Haa.. Dah dsebut di atas.. hehe.. Harapan kte agar alQur’an akan bela kte kat Akhirat nnty dan bukannye mendakwa kte krane mengabaikan die sewaktu hayat kte kat dunie..
Sekian, dengan penuh kesian;
Assalamualaikum~ 

ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Saturday, May 21, 2011

MeTamoRph0sIs . . .

Assalamualaikum everybody~!!

Okay, ini kali, hambe nk story-mory sket pasai seekor belaan hambe.. (hambe gem0r beben0r bela-membela nih..) ha, jangan salah paham plak.. hambe bkn bela makhluk halus ke makhluk nipis ke.. hambe bela binatang... n dalam banyak2 hewan yg hambe bela, hambe rase ni la makhluk yg paling istimewa.. (stakat ni la.. ) iaitu seekor oolart bellunchast~! (ala, melayu ckp ulat beluncas)


Kisahnye bermula apabila hambe sedang berjalan2 in my backyard, memberi monkey aq makan.. (her name is Jeane).. 
such a mischievous little monkey
Suddenly, hambe terserempak ngan sekujur tubuh berwarne hitam berbulu2 sedang memakan daun dgn rakusnye.. disebabkan bgitu excited melihat one of Allah’s greatest creations, hambe pon terus cari something yg buleh ditelangkupkan kat ulat nih biar dye xgi mne2.
ditelangkup secare selamat.. huhu
After that... hambe msukkan Ulat (kasi nme paling senang) ke dlm akuarium kecik.. (yg kebetulan bru dibeli oleh my brother) Then, hambe pon kasi la Ulat daun2 fevret dye.. (xsume jnis daun dye mkn..)
makan daun bagai xingat dunie..
Then, after 5 long days... somethin’ weird happening to Ulat.. dye panjat dinding akuarium tuh.. (slame nih aq xtaw pon dye leh panjat.. ==”). Hambe cbe halang Ulat from climbing the aquarium wall.. tkut dye terkluar ke hape ke.. karang merenyam badan hambe nnty.. Tp.. rpe2nye.. bile hambe bi0r je Ulat panjat dinding akuarium tuh.. dye bergayut kat blah bawah pnutup akuarium tuh..
bergayut for 1 day
Es0knye... hambe tgok Ulat msih cmtu.. tp.. not long after that, exactly afternoon, Ulat yg hambe kasihi telah tiada lagi... s0bSobs0b... 

chrysalis form
Sbab Ulat da bkn ulat lagi~! Dye da jd kepompong... sjak tu, Pompong (nme Ulat da xvalid. Haha.. so, tukar nme len plak..) trus bergayut kat situ...

Ok.. to make it short, dlm mase 168 jam.. Pompong langsung xbergerak. Hari ke 7 tu hambe pergi ke rumah makcik hambe kt Kota Tinggi.. so hambe terpakse tinggalkan Pompong kat umah.. (dlm keadaan xtaw pon Pompong tu sbnrnye id0p lg ke x..) 
Bile hambe balik umah je.... hambe trus g tg0k Pompong.. Alangkah tragisnye... bile hambe tgok Pompong...
what?? dah rabak???



Tp...... chak~!!
si MentegaTerbang
Say hell0 to MentegaTerbang~! (org puteh panggil butterfly..). So, hambe pon snap la beberape gamb0 MentegaTerbang.. disebabkan janji hambe kpd diri hambe utk hanye menjage dye sehingga menetas mnjadi rame2.. so hambe pon lepaskan la MentegaTerbang ke Bumi Allah yg luas ni..
da terbang ja0h, so xclear gamb0nye..
12 hari berlalu begitu sahaje.. n bile hambe kenang2 balik, da 18 taun hambe idop.. sume Allah bagi.. tp.. ape je yg hambe da bagi kat Allah..? blum setimpal ngn ape yg Allah da bg kat hambe.. 

Ok, last thing.. drpd citer metamorphosis Ulat kpd Pompong kpd MentegaTerbang ni, cbe kte renung.. kte sepatutnye sentiase berusaha dlm mencapai sesuatu target tuh.. klw perlu utk melakukan perubahan ke arah positip, lekas2 la lakukan.. klw perlu utk berkorban sesuatu, lekas2 la korbankan.. mcm si Ulat tu.. berusaha utk menjadi rame2 supaye dye dpt trbang bebas di Bumi Allah ni.. n sterusnye menyambung keturunan dye dgn melahirkan zuriat.. Ulat berusaha sehinggakan dye trpakse berubah jadi Pompong. Berkorban xmakan selame seminggu semate2 utk mencapai cita2 dye..

So... let’s try to take something drpd cerite picisan  hambe ni.. Sesungguhnye, Allah ciptekan sume makhluk kat dunia ni, xde yg sia-sia.. Sume ade hikmah n pengajarannye... 0k, renung2kan la ye..

Assalamualaikum~ 
ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Wednesday, May 11, 2011

semut-semut~

Assalamualaikum~!!

Hambe bkn nk crite pasal semut2 yg korang slal0o kene bile duduk lame sangat tuh.. Tp hambe just nk share 1 doa yg hambe da test kemujarabannye... 


So, prnah x korang diganggu oleh serangga berkaki enam yg suke merayap di atas meja mkn dan lantai yang juga digelar semut??




Jika jawapan anda “YA!” hambe ade penyelesaiannye~
korang boleh cari kat surah an-Naml:18 (baca yang bold sahaja..)

Hanya perlu dibace 7 kali berturut2 kemudian tiup ke arah semut2 tu.. fuh fuh fuh~!
ha, not to forget, jangan lupe bace Bismillah dulu sebelum bace doa tu.. 

Lastly but not leastly, doa perlulah disertakan dengan keyakinan yang sepenuhnye.. n keikhlasan yang seikhlas2nye.. Berdoalah dengan nama2 dan kalimat2 Allah.. InsyaAllah anda akan puas hati.. (n_n)v *peace~

Selamat mencuba~
ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Sunday, May 1, 2011

repeat... repeat... repeat...

Assalamualaikum sume !!
     
    Lame sudah hambe xtulis pape untuk bl0g hambe nih.. rase cam kekok la pulak.. nak tau ape sebabnye? Hoho.. semestinye, kerane.. hambe da xde idea! Selame sepurname lamenye, hambe dok pikir pnye pikir pnye pikir..... akhirnye DING!! Hambe masih xdpt idea.. =.=”... tapi, 1 hari, mase hambe tgah duduk kat sejadah sambil tunduk kepale (d0k teng0k gamb0 kubah mesjid kat sejadah la tuh..) hambe trpikir.

Hambe: nape la aq ni asik ulang dose yang same je?? da tobat. wat lagi. tobat lagi. wat lagi. tobat lagi. wat lagi. hm...
Syaitan: ko bodoh! Haha.. ala, len kali pukal je.. ko kumpul la dlu dose tu bnyak2.. agak2 rase dah senak, baru la tobat... besides, ko lame lagi nak mati la bro! Tomorrow never die~! gyahaha..
Hambe: ei, setan, gi  jaoh2! Syuhsyuh! Astaghfirullah... xley jadi nih. Sampai bile aq nak kalah ngan setan.. 

(mase ni setan tu dah xde kot..)

So... guys, hambe yang tulis bl0g ni pon manusie gak.. and if u define insan.. it actually comes from the word “ins” yang maksudnye LUPA. Therefore, xhairan la kalau memang manusie tu pelupa. 

Lupa nak ingat kat Allah yang da bagi kite segale2nye...

Lupa yang Die sentiase tengok kite...

Lupe yang Die sentiase tahu ape yang kite wat.. 
sumenye Allah tahu..
Berbekalkan LUPA ni la, manusie akan semakin jaoooooooooooooooooooooooooh dari Pencipte diorang..
So, walaupon insan tu selalu lupe, kite kne ingat! Allah da install 1 lg software yang teramat tinggi nilainye.. “AKAL”. Jadinye, don’t take your AKAL for granted ok! 
yup! don't discard your brain at any cause!
Dengan AKAL, manusie menjadi lbih hebat dari makhluk Allah yang laen. Tapi... berape ramai je antare kite yang btul2 menggunakan sepenuhnye AKAL dye? maybe even I am not one of them. Walaumacammanepon, cube kite duduk jap n pikir balik.(ni la masenye AKAL digunekan). 

Brape banyak Allah da biaya aq?

Brape banyak udare Die yang aq dah gune?

Brape banyak bende yang aq dapat lihat dengan mate yang Die pinjamkan ni?

Brape kali Die izinkan jantung untuk pam darah spaye aq trus id0p?

Brape besar cinta Die kepade aq sampaikan aq ingkar kat Die pon Die masih bagi peluang untuk aq?


Tapi...

brape banyak sangatla ibadah aq untuk Die....?
brape banyak sangatla zikir dri lidah yg aq pinjam ni?
brape lame sangatla aq menangis sbb dose aq?
brape kali sangatla aq wat amal ikhlas semate2 sbb Die?
brape mlm sangatla aq btul2 ingat kt Die sblum aq tdo?
brape besar sangatla cinte dan kasih aq pade Die??
kami lemah tanpaMu ya Allah...
Dari itu, marilah kite banyakkan bertaubat.. mintak maap pade Allah.. n banyakkan la merintih menangis & mengongoi kat depan Die.. sebelum kite meraung kesedihan kat padang Mahsyar nnty.. nauzubillah..

OK, sampai sini dlu la entry yang serba kekurangan nih.. (bukan setakat kekurangan, xmenarik langsung! haha). Lastly, bertaubatla setelah berbuwat dose.. n jgn ulanginye. insyaAllah, God will guide us to His light.

Assalamualaikum! (n_n)

ANGGAPLAH SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...