Sunday, October 9, 2011

The Main Aim of Life?

      
           Kadang kala kita sering terlupa sebab utama kita lahir di muka bumi ini. Belek semula al-Quran yang ada di almari anda (mungkin anda baru teringat ia berada di situ?);


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (adz-Dzariyat: 56)

          Ayat ini merupakan jawapan yang solid kepada seluruh jin dan manusia bahawa sesungguhnya kita semua diciptakan tidak lain hanyalah untuk beribadat kepada Rabb kita iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Ibadat itu pula bukan hanya bererti solat, puasa, zakat dan haji semata-mata (ini pemikiran biasa kebanyakan Muslim kini). Istilah ibadat ini meliputi pelbagai aspek. Dalam nada yang sama, sebenarnya kesemua amalan harian kita boleh menjadi ibadat asalkan ia berniatkan semata-mata kerana Allah. Rasanya, berbekalkan penulisan ini sahaja pun sudah cukup untuk menunjukkan betapa indah dan mudahnya ajaran Islam ini. 

          Oleh yang demikian, Allah juga ada berfirman melalui al-Quran-Nya;

 Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. 
(al-Anbiya': 35)

            Allah sememangnya Maha Mengetahui. Dia tahu bahawa hamba-hamba-Nya bersifat pelupa. Jadi, Dia mengingatkan kita semua agar senantiasa ingat akan kematian. Dia juga mengingatkan kita agar tidak merungut dan berputus asa apabila ditimpa kesusahan dan juga tidak bermegah-megah apabila memperoleh kesenangan; kerana itu semua tidak lain adalah ujian dari-Nya. Oleh itu, jalanilah ujian itu dengan sebaik-baiknya, kerana semestinya hamba yang mendapat 'keputusan yang cemerlang' dalam ujian ini akan beroleh ganjaran yang tiada tandingannya; nikmat syurga yang kekal selama-lamanya. Ayat 35 al-Anbiya' ini dilengkapkan dengan satu lagi peringatan Allah iaitu kita semua akan dihadapkan di hadapan-Nya di Akhirat kelak beserta dengan amalan-amalan dan juga dosa-dosa kita (na'udzubillah).

ANGGAPLAH INI RENUNGAN BERSAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...